Monday, September 30, 2019

KENAPA PERLU UPAH PENJAGA KUCING PROFESIONAL SEMASA KITA TIADA/TRAVEL?

Jika kita keluar bekerja atau travel ke mana-mana, kita terpaksa berjauhan dengan kucing kesayangan kita, kan?  Takkan nak biarkan kucing kita bersendirian kat rumah?  Nak mintak tolong kawan jaga?  Ahli keluarga jaga?  Jiran jaga? 

Sebagai pemilik kucing, mestilah nak pastikan kucing mereka dijaga dengan baik, barulah hati tenang nak tinggalkan si manja tu.  Jadi, penyelesaiannya adalah dengan mengupah PENJAGA KUCING PROFESIONAL!

Jangan risau.. Penjaga kucing profesional ni adalah seorang yang berkelayakan, mereka ada kepakaran untuk kendalikan apa jua yang berkaitan kucing.  Mereka tahu macam mana nak kawal keadaan, sesuaikan situasi dengan si bulus tu, tahu apa yang kucing anda suka ataupun tak.  Mereka juga seorang yang boleh dipercayai dan boleh memenuhi segala permintaan pemilik kucing.  

Dah ramai dah pemilik kucing sekarang ni yang dah mula mengupah penjaga kucing untuk kepentingan mereka. 

Antara tugas penjaga kucing profesional: 
1) beri makan/minum
2) luang masa untuk bermain dan senaman
3) bersihkan tempat pembuangan najis 
4) uruskan ubat-ubatan, jika perlu
5) tugas lain jika diminta oleh pemilik

Kelebihan penjaga kucing terhadap kucing: 
1) kucing sentiasa dalam keadaan selamat
2) kucing sentiasa berada dalam persekitaran, pemandangan dan bunyi yang biasa pada mereka
3) aktiviti rutin harian seperti biasa
4) selesa bermain
5) ada sentuhan kasih sayang dan perhatian peribadi
6) rawatan perubatan, jika diperlukan
7) ada seseorang bila mereka dalam kecemasan
8) dapat elak daripada persekitaran yang tak biasa bagi mereka
9) bantu pastikan kesihatan kucing baik, elak dari jangkitan penyakit kucing
10) kucing rasa gembira berada di rumah sendiri

Kelebihan upah penjaga kucing terhadap pemilik kucing:
1) minda tenang (sebab kucing ada yang jaga) 
2) kucing ada dengan penjaga yang penyayang
3) yakin penjaga kucing boleh uruskan hal ubat-ubatan, hantar grooming dll. 
4) tak perlu susah nak bawa/tinggalkan kucing 
5) tak perlu susahkan kawan, jiran atau ahli keluarga lain untuk tolong jaga
6) rumah anda lebih selamat sebab penjaga kucing akan keluar/masuk semasa ketiadaan anda




Walaupun ada keluarga, jiran atau kawan yang boleh tolong jaga kucing anda, tapi dengan mengupah penjaga kucing profesional adalah lebih baik.  Mereka ada kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk jaga kucing anda dengan baik. 

Dah baca?  Jadi, adakah anda akan upah penjaga kucing profesional ataupun masih lagi nak minta tolong jiran atau ahli keluarga untuk jaga si bulus kesayangan anda?  Hubungi kami dengan klik link ini www.wasap.my/60126801004 utk pertanyaan lanjut.



Adakah Kucing Mempunyai Perasaan???

Manusia mempunyai sifat rasa yang tinggi untuk mengetahui sesuatu perkara itu secara terperinci. Perkara yang sama berlaku untuk memahami samada kucing-kucing ini mempunyai perasaan atau tidak?.  Soalan yang seringkali menjadi persoalan dan jika ianya ditanya kepada mana-mana pemilik kucing, sudah pastinya jawapan mereka ialah YA, semestinya kucing punyai perasaan.  Mereka juga adalah makhluk hidup. Kucing terkenal fengan rasa ingin tahu dan kenakalan mereka, tetapi ianya bukan satu-satunya ciri yang mereka ada. 

Menjadikan kucing sebagai haiwan kesayangan memberi anda peluang untuk memahami semua emosi yang ada pada mereka. Mereka mempunyai pelbagai emosi yang ditunjukkan melalui tindakan dan pandangan mata mereka.  Sebagai contoh, anda boleh cuba memukul kucing dan mereka akan beritahu anda siapakah yg sedang marah.  Selain rasa marah, kucing juga mempunyai rasa letih, seronok, gembira, lapar dan macam-macam lagi perasaan lain sama seperti manusia. 
  
     
APAKAH EMOSI PERASAAN KUCING? 

Kepelbagaian emosi dan perasaan bukan hanya ada pada manusia, tetapi makhluk hidup yang lain juga mempunyai cara tersendiri untuk memyatakan atau menunjukkan emosi mereka.  Tapi kucing adalah yang mempunyai kapasiti emosi terbesar berbanding binatang lain.  Walaupun kucing itu kecil, namun dia sangat agresif dan comel tetapi nakal.  Mereka adalah contoh sempurna bagi anak manusia dalam hidupan haiwan. 

Emosi kucing seringkali dibandingkan dengan manusia dan ianya sebenarnya agak sama. 

KASIH SAYANG:

Tiada siapa yang boleh nafikan yang kucing tidak mempunyai rasa sayang.  Sayang adalah emosi yang paling asas, bahkan pemangsa yang paling kejam pun turut ada perasaan sayang terhadap keluarganya. Jadi, macam mana pula kucing yang kecil dan comel ini tak ada perasaan sayang?  Setiap kali kucing gembira atau berasa selamat, dia akan tunjuk rasa sayang mereka kepada pemiliknya.  Ada tanggapan mengatakan anjing adalah kawan baik manusia, tetapi kucing pun sama juga. Mereka mungkin tidak tinggi dan cukup besar umtuk menakutkan orang lain, tetapi mereka beri rasa bahagia pada kita. 
  Untuk menunjukkan kasih sayang, ada kucing yang memerah dan ada kucing yang akan mengikuti ke mana sahaja pergerakan anda. Setiap kucing adalah unik sebab mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang. 

  PENCEROBOHAN DAN KETAKUTAN:

Pencerobohan mungkin merupakan emosi kuat yang digunakan kucing saat mereka rasa marah pada sesuatu.  Kucing mempunyai pendengaran yang sensitif dan mereka juga boleh jadi takut pada bunyi 'beep' pada telefon anda.  Ramai yang tidak tahu bahawa kucimg sangat takut pada timun kerana warnanya yang memyerupai ular.  Malah bunyi mesin dobi atau vakum juga boleh menakutkan mereka.  
  Dan bila mereka jadi takut, ia akan jadi lebih agresif.  Mereka mungkin akan mencakar muka atau badan anda atau mana-mana objek dalam rumah.  
  Satu lagi faktor yang menyebabkan tingkah laku mereka menjadi agresif ialah apabila mereka rasa cemburu atau rasa terganggu dengan sesuatu.  Kucing juga boleh menahan dendam untuk tempoh masa yang lama. 

        SEDIH

  Ya, walaupun kucing nampak sentiasa ceria, kadangkala mereka turut bersedih.  Mereka rasa sedih dan menderita masalah 'detasmen' dan takut ditinggalkan. 
  Kucing mudah rasa kemurungan jika anda meninggalkan mereka sendiri di rumah selama beberapa hari atau jika anda berpindah ke rumah baru.  Kucing seperti yang lain juga, cuba mengelak dari mencuba sesuatu yang baru kerana ketidakpastian. Dalam semua kes ini, kucing anda akan cuba menjauh dan berubah secara tidak jelas. 

   KEBAHAGIAAN DAN KESENANGAN:

Keseronokan adalah sifat kucing.  Mereka boleh bermain dan tidur sepanjang hari jika tanpa gangguan.  Mereka akan gembira kecuali emosi mereka terganggu.  Kucing suka bermain dengan objek kecil dan suka mengusik haiwan peliharaan lain dan juga rakan-rakannya.  Jika anda mempunyai lebih dari dua kucing, anda akan dapat lihat mereka bermain di teres, di taman dan kawasan terbuka.  Adakala mereka juga suka bermain di kawasan rumah dan cuba bertindak nakal untuk mendapatkan perhatian pemiliknya.  

BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI EMOSI SEMASA KUCING ANDA? 

 Seperti yang anda tahu bahawa kucing mempunyai emosi dan mereka juga tahu bagaimana untuk menunjukkannya, jadi anda mesti belajar memahami tanda-tanda perasaan mereka.  Cara paling mudah adalah dengan memahami bahasa tubuh mereka. 
  Setiap bahagian tubuh mereka memberitahu perasaan mereka.  Oleh itu, di sini ada beberapa tanda atau petunjuk untuk anda memahami keadaan semasa mereka: 

(1) EKOR:
      Ekor yang tegak bermaksud kucing itu sedang berjaga-jaga, gembira atau merasa hebat.  Jika hujung bulu-bulu mereka berdiri, bermakna mereka sedang berasa takut atau marah.  Jika mereka memgangkat ekornya di antara kaki, itu menunjukkan mereka berasa tidak selamat dan cemas. Manakala jika ekor mereka lurus dan bergoyang, bermakna mereka benar-benar teruja dan gembira. 

(2) MATA:
      Bila anak mata kucing mengecil, bermaksud kucing berada dalam keadaan agresif,manakala jika anak matanya besar, bermakna dia dalam keadaan cemas atau pun dalam keadaan ingin bermain.

(3) TELINGA:
      Jika telinga mengarah ke hadapan, mungkin dia mempunyai minat dalam sesuatu atau sedang gembira.  Jika telinga bengkok ke belakang, ke tepi atau rata, mereka mungkin dalam keadaan takut, marah atau rasa terancam pada sesuatu.  Dan jika telinga mereka berputar, bermakna mereka sangat prihatin terhadap sesuatu. 

(4) KEDUDUKAN TIDUR:
      Ya, kedudukan tidur mereka banyak menceritakan sesuatu.  Jika badan mereka melengkung hingga jadi seperti bulan sabit, ia bermakna mereka cuba untuk mengekalkan haba kerana mereka rasa sejuk.  Jika mereka mengecilkan lagi badannya, ia bermakna mereka cuba memcari keselesaan dan rasa selamat.  Dan jika mereka tidur dalam keadaan perut ke atas, bermakna mereka gembira untuk berbuat demikian. 

Kesimpulannya, seperti yang anda lihat, kucing mempunyai perasaan.  Kucing akan bersikap jujur terhadap emosi mereka.  Manusia boleh menyembunyikan perasaan mereka atas sesuatu sebab, tapi kucing tidak pernah melakukannya.


Saturday, April 20, 2019

Khidmat Cat Sitting dan Boarding Raya 2019

Offer khidmat Cat Sitting dan Boarding dah dibuka utk raya!!!

Nak cuti raya tp dok pikirkan kat mana nak letak@boarding anak bulus anda tu??

Balik rumah tengok anak anak bulus kelaparan kehausan melampau sebab tuan tuan dok sibuk beraya..tak kesian kat dia ekor ke? Tempat tahi kencing pun dah tak teratur..Bau apatah lah lagi..kang jiran jiran report pada yg berkuasa..

Kucing kat rumah banyak sgt sampai nak hantar boarding pun takut bajet takde?

Kami di Felin Purrfect Store(FPS)boleh membantu anda dan bulus anda.

Kami di FPS ada menyediakan khidmat boarding dan cat sitting..Dengan bajet yg rendah dan selesa..
Harga yg kami tawarkan adalah sangat rendah dan “cage” yg kami tawarkan juga sangat besar utk mereka.

Hubungi kami di 012-6801004 (Zaini) utk keterangan lanjut atau klik link whatsapp http://www.wasap.my/60126801004

#khidmat #catboarding #kucing




Tuesday, August 25, 2015

HELLO KITTY Bukan KUCING!!!

Artikel ini FP(Felin Purrfect) dapat dari sebuah majalah yang sedang meletop-letop sekarang ni. 

Fakta ini di ceritakan sendiri oleh pencipta Hello Kitty di Jepun. Siapa yang tidak kenal Hello Kitty dan ianya menjadi fenomena sehingga hari ini. Hello Kitty berasal dari Negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Ianya menjadi budaya pop itu sejak tahun 1974.

Selama 41 tahun (1974-2015), karekter ini menjadi hiasan di pelbagai barangan dan sekarang telah ujud Taman Mini Hello Kitty di JB sana. Fenomena Hello Kitty atau HK tidak pernah luput ditelan zaman dan mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia termasuk Malaysia.

Selepas 41 tahun, pencipta HK telah mendedahkan sesuatu yang memeranjatkan secara umum bahawa Hello Kitty bukanlah SEEKOR KUCING tetapi ianya merupakan seorang gadis kecil. Pembongkaran ini di lakukan oleh seorang Antropologi dari University of Hawaii yang membuat kajian terhadap HK. Sanrio adalah pencipta HK membetulkan fakta kajian ahli Antropologi yang bernama Christine R.Yano.

Sanrio menerangkan bhawa HK bukannya SEEKOR KUCING tetapi merupakan gadis cilik. Karekter HK tidak merangkak dan dia berjalan seperti manusia. Lagi mengejutkan, Hello Kitty adalah seorang budak perempuan British yang bernama Kitty White dan menggemari pai epal.

Tetapi apa yg FP leh katakan, pedulikan semua tu la kan. Kalau dah minat, apapun tak kesah. Semoga Kitty White tu pun peminat Kucing jugak kan..Hehehehe....

p:s/ Share artikel santai ini sekiranya ianya bermanfaat


Lemon Dan Oren Musuh Utama Si Dia

[FAKTA]

Kita selalu bising kalau kita punya sofa yang cantik-cantik tu di cakar. Bohonglah tak bising kan..mesti mengomel jugak kan kalau anak-anak bulus kita tu scratch atau mengasah kuku mereka.

Fakta ini telah terbukti bahawa kucing adalah benci kepada bau Lemon atau Oren. Kita leh tengok video di bawah ni. 

Tips yang kita boleh cuba utk menghindarkan mereka ni scratch or mengasah di tempat-tempat yg kita sayang ni..cer spray kan air lemon atau oren yg di kisar bersama kulitnya...mana tau ianya berkesan..




p/s: Share artikel santai ini sekiranya ianya bermanfaat.

Tuesday, August 18, 2015

Rumput adalah Sayur Bagi Si Dia

Kenapa kita selalu tengok kalau anak bulus kita kluar rumah...mesti mencari rumput atau lalang dan mereka makan...

Ok ini adalah faktanya, mari kita baca dan fahami.

Perut kucing mengandungi tulang ikan atau tulang apa-apa yg mereka makan, juga mengandungi bulu-bulu yang telah di telan setelah mereka menjilat. Untuk mengeluarkan semua tu secara natural, mereka memakan rumput untuk memuntahkan semula kandungan tersebut.

Rumput adalah merupakan ejen atau objek yang paling selamat sebab tidak akan mengakibatkan kerosakan pada usus mereka.Adalah lebih baik mereka makan rumput yang kita tanam sendiri dalam rumah. Pastikan juga mereka makan rumput atau lalang lembut diluar rumah tu yang tidak di racun.

Rumput juga merupakan serat yang di perlukan oleh anak bulus kita.

p/s: Share artikel santai ini sekiranya bermanfaat.

Friday, August 14, 2015

PetSep Pembanteras Kuman Di Rumah Tanpa Was-Was

Untuk kita yang banyak anak bulus ni..mesti memikirkan bagaimana nak mengelap dan mengemop lantai kan..nak tengok anak bulus kita sihat tanpa ada kutu..ada kudis..kurapla..

Kita sering memikirkan kalau kita gunakan Clorox..selamat ke kalau anak bulus kita ter jilat..betul ke betul?

Di sini Felin Purrfect nak kenalkan ngan produk Petsep di mana kita leh mengemop mengelap tanpa rasa was was lagi..rumah kita akan berbau segar dan anak bulus kita akan selamat..InsyaAllah..

KENAPA PETSEP?
1) berkesan menghapuskan kuman 
2) menyediakan persekitaran yg bebas kuman bagi tuan dan rumah yang selesa
3) mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit antara anak bulus dan tuannya
4) menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
5) membantu menyembuhkan luka


Untuk mengemop lantai..di sarankan amik 7 biji pil ini dan biarkan ianya larut bersama air bersih 2 liter.
Untuk mengelap, cukup hanya 2 pil dan larutkan bersama air 1 liter.



Bagaimana nak dapatkan dari kami? Whatapps kami di 012-6801004 atau 018-3235975.